Popular Posts

RINTIHANKU



Ya Allah, Ya Rabbi dengarlah tangisan hatiku
Hambamu yang hina ini
Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku

Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat

Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku

Aku mengadu padaMu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan

Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah tersiksa
Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)

INSAN HEBAT: RABI'ATUL ADAWIYAH



Nama wanita ini tidaklah membawa apa-apa makna yang agung. Rabi’ah; bermaksud yang keempat. Namun, insan ini sungguh istimewa kerana Rabi’ah adalah satu-satunya wanita yang sampai ke peringkat wali Allah. Mari kita ikuti jejak-jejak hidup Rabi’ah serba sedikit.
___________________________________________________________


Kecerdikan, ketakwaan dan ketaatan Rabi’ah telah menonjol sejak kecil lagi. Rabi’ah telah menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Ketika Rabi’ah sekeluarga makan, sebelum Rabi’ah menyuapkan makanan, Rabiah berkata kepada bapanya, Ismail :

Rabi’ah : Abah, yang haram tidak akan menjadi halal, hanya kerana abah merasa wajib memberi kami makan.

Ismail : Rabi’ah, apa pendapatmu sekiranya abah tidak mendapat makanan kecuali yang haram?

Rabi’ah : Kita mesti banyak bersabar, abah. Kerana menahan lapar di dunia jauh lebih baik daripada sabar menanggung seksa api neraka di akhirat.
___________________________________________________________


Apabila dewasa, cinta Rabi’ah terhadap Penciptanya semakin membara. Setiap degup jantung dan gerak bibirnya tidak pernah alpa daripada berzikir dan tasbih kepada Allah, kekasihnya. Malam-malamnya berlalu tanpa tidur. Rabi’ah berlumba-lumba dengan para malaikat dalam taat dan ibadat. Apabila pagi sudah sampai, ia merasa dirinya sudah kalah, ia merasa dirinya belum cukup dalam ibadat dan ketaatan. Ketika malam menjelang, hatinya sangat gembira kerana ia yakin ketika ini nikmat akan datang kepadanya, yakni nikmat kebesaran Allah yang dikutipnya ketika semua orang sedang tidur nyenyak, ketika semua makhluk menutup kelopak mata mereka rapat-rapat. Maka tidak hairanlah apabila setiap hari dan malamnya ia melakukan solat sekurang-kurangnya seribu rakaat. Seseorang bertanya kepada Rabi’ah :

Si polan : Balasan apakah yang engkau inginkan daripada ibadatmu ini, wahai Rabi’ah?

Rabi’ah : Saya tidak menginginkan balasan apa-apa. Tapi saya ingin menggembirakan Rasulullah nanti pada hari kiamat, iaitu mengatakan pada para nabi, “Lihatlah, inilah amalan seorang wanita daripada umatku!”
___________________________________________________________


Cita-cita Rabi’ah yang paling tinggi ialah berjumpa dengan kekasih hatinya, yakni dapat melihat wajah Allah. Puncak kebahagiaan seorang pencinta ialah bertemu dengan kekasihnya. Pertemuan antara hamba dengan khaliknya merupakan kesenangan yang melebihi kesenangan yang lain. Rabi’ah bukan sahaja terkenal di bumi, malah sangat popular dalam kalangan para malaikat di langit.

Pada suatu malam, keluarlah kata-kata indah yang dihadapkan kepada Tuhannya :

“Tuhanku, bintang-bintang masih memancarkan cahaya, seluruh mata sedang tidur lena, raja-raja sudah pun menutup pintu istananya dan para suami sudah pun berasmara dengan isterinya. Sedangkan aku sekarang sedang berdiri tegak di hadapanMu.”

Keesokan pagi, selesai solat Subuh, Rabi’ah sekali lagi bermunajat kepada Allah :

“Tuhanku, kini malam telah berakhir dan siang sudah bermula. Engkau terimakah malamku(ibadat malam tadi)? Jika Engkau menerimanya, aku sangat bahagia. Jika Engkau menolaknya, aku akan bersabar. Aku akan terus bersungguh-sungguh menghadapkan diriku kepadaMu selagi Engkau masih memberi hidup untukku. Aku akan mendatangiMu dan sentiasa berusaha supaya aku sampai di pintuMu. Sekiranya Engkau mengusir dan menghalau aku, aku tidak akan meninggalkanMu, kerana aku amat mencintaiMu, Tuhanku.”
___________________________________________________________


Mengapa Rabi’ah menolak perkahwinan? Mari kita lihat dialog antara Hasan Al-Basri dengan Rabi’ah :

Hasan : Wahai Rabi’ah. Adakah anda akan berkahwin?

Rabiah : Kahwin itu penting bagi orang yang mempunyai pilihan. Sedangkan saya tidak mempunyai pilihan, kerana saya sudah bernazar dan menetapkan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhanku! Saya telah memutuskan untuk hidup di bawah perintah-perintah-Nya.

Hasan : Bagaimana anda boleh mencapai darjat setinggi ini, wahai Rabi’ah? Maksud saya, bagaimana anda boleh sampai ke darjat yang padanya semua tindakan dan kehendakmu telah dipilih Allah bagimu sehingga kemahuanmu sudah hilang dalam memilih? Bagaimana anda memperoleh taraf yang padanya semua kegiatan hidup anda berdasarkan bisikan ilham dan arahan Allah?

Rabi’ah : Semuanya saya peroleh dengan memerangi hawa nafsu dan menaklukkannya.
___________________________________________________________


Pada suatu hari, beberapa orang salih datang berziarah ke rumah Rab’iah. Terjadilah perbualan antara mereka :

Rabi’ah : Mengapa anda menyembah Allah?

Orang salih 1 : Kerana saya takut akan api neraka.

Rabi’ah : Mengapa anda menyembah Allah?

Orang salih 2 : Saya menyembah Alah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya.

Rabi’ah : Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka! Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah?

Orang salih 3 : Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?

Rabi’ah : Saya menyembahNya adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya.

___________________________________________________________


Kadang -kadang Rabi’ah menerangkan sikapnya dengan perantaraan rumus atau tamsilan. Pada suatu hari orang melihat Rabi’ah membawa air di tangan sebelah dan api di tangan sebelah lagi. Orang itu pun bertanya :

Si polan : Ke mana engkau Rabi’ah?

Rabi’ah : Saya mahu ke langit, untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab manusia menyembah Allah.

Rabi’ah selalu berdoa :

“Tuhanku, jadikanlah neraka itu tempat musuh-musuhMu dan syurga itu tempat para kekasihMu. Adapun aku memadai dengan melihat serta menyaksikan zatMu.”

“Wahai Tuhanku, jika aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka bakarlah aku dengannya. Jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, haramkanlah aku memasukinya. Tapi jika aku menyembahMu semata-mata kerana cintaku kepadaMu, maka janganlah kecewakan aku, janganlah tutup diriMu dari pandanganku.”
___________________________________________________________


Rabi’ah memang berhak mendapat gelaran penghulu orang-orang zuhud. Malik bin Dinar pernah melihat Rabi’ah minum dari bejana yang sudah pecah. Tikar yang terbentang di situ sudah usang, sementara yang dijadikannya bantal ialah batu bata. Mari kita lihat dialog antara Malik bin Dinar dengan Rabi’ah :

Malik : Wahai Rabiah, ramai kawan saya yang kaya. Sudikah engkau menerima pemberian mereka?

Rabi’ah: Wahai Malik, ucapanmu itu amat tidak menyenangkan saya dan itu memang salah. Yang memberi rezeki kepada kawan-kawanmu yang kaya itu ialah Allah sebagaimana yang memberi rezekiku juga Dia. Apakah engkau ingin menyatakan bahawa orang-orang kaya sahaja yang beroleh rezeki sementara orang miskin tidak? Kalau Allah mentakdirkan kita begini, maka tugas yang perlu kita lakukan ialah menerimanya dengan pasrah. Lain tidak.
___________________________________________________________


Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’ah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk digunakan berwudhu', itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi'ah menegur si pencuri tersebut :

Rabi’ah : Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini. Silakan ambil sesuatu.

Pencuri : Tiada apa-apa yang dapat aku ambil dari rumahmu ini.

Rabi’ah : Ambillah itu!(kendi buruk)

Pencuri : Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga.

Rabi’ah : Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga dari pondok burukku ini.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi merasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'ah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'ah lantas berdoa :

"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu, janganlah Engkau halang dia
daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu."
___________________________________________________________


Rabi’ah merupakan orang yang sabar dan syukur. Suatu hari Rabi’ah menderita penyakit yang teruk. Berlakulah dialog antara Sufyan al- Thawri dengan Rabi’ah :

Sufyan : Berdoalah kepada Allah supaya Dia lekas meringankan penyakitmu.

Rabi’ah : Wahai Sufyan, siapakah yang menurunkan penyakit ini ke atasku?

Sufyan : Allah Taala.

Rabi’ah : Jika Allah berkehendak untuk mencuba saya dengan penyakit ini, untuk apalagi saya berpura-pura tidak tahu kehendakNya?
___________________________________________________________


Rabi’ah mempunyai kawan rapat bernama Hayyunah. Kedua-dua mereka sama-sama mencintai Allah dengan sepenuh hati. Ketika Hayyunah bertandang ke rumah Rabi’ah berlakulah perbualan antara mereka :

Rabi’ah : Tahukah engkau wahai Hayyunah, mengapa Allah menjadikan makhluk?

Hayyunah : Dia menjadikan mereka supaya mereka menyembahNya, sebagaiman firmanNya : “ Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu” (Al-Zariyat:56).

Rabi’ah : Dia menjadikan mereka supaya mereka mengenalNya. Apabila mereka semua sudah mengenalNya, mereka akan menyembahNya. Apabila mereka sudah menyembahNya, mereka akan mencintaiNya. Apabila mereka sudah mencintaiNya, dibukakanlah bagi mereka rahsia-rahsia kerajaanNya. Apabila mereka sudah menyaksikan rahsia-rahsia kerajaanNya, bertambahlah kenikmatan mereka ketika menyaksikan cahaya kekuasaanNya.

___________________________________________________________


Ramai orang berusaha mencungkil sejauh manakah cinta Rabi’ah kepada Allah :

Si polan : Wahai Rabi’ah, bagaimana pandangan anda tentang cinta?

Rabi’ah : Pencinta dan yang dicintai tidak ada yang mengantarai. Cinta berbicara dengan rindu dan perasaan. Orang yang merasakan cinta itu saja yang dapat mengenal apa itu cinta. Cinta tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, cinta itu sendirilah yang mampu menjelaskan dirinya.
___________________________________________________________


Kekeramatan apakah yang pernah berlaku pada diri Rabi’ah? Keganjilan yang bagaimanakah yang pernah terbit dari dirinya sehingga ia berhak digelar sebagai berpangkat wali? Salah satu keramat Rabi’ah ialah semasa ia sedang bertafakkur bersendirian di padang pasir yang luas, binatang jinak dan binatang liar semuanya berkumpul dengan tenang di sekeliling Rabi’ah. Apabilah Hasan Al-Basri datang ke tempat itu, semua binatang tersebut lari bertempiaran. Hasan Al-Basri sedih lalu bertanya kepada Rabi’ah :

Hasan : Mengapa binatang itu lari dariku tetapi jinak di sampingmu?

Rabi’ah : Apa yang anda makan sebelum datang ke mari?

Hasan : Apa hubungan makanan yang ku makan dengan larinya haiwan dariku? Aku telah memakan bawang yang dimasak dengan lemak daging.

Rabi’ah : Bagaimana haiwan tidak lari darimu, sedangkan engkau telah memakan lemaknya? Kau tahu, sekiranya tubuhmu kurus kering seperti semut, nescaya ulat-ulat tidak berminat melubangi kuburanmu. Jika engkau hanya makan sebiji kurma setiap hari, pastilah jasadmu dalam kubur selamat daripada ulat.

___________________________________________________________


Keramat lain berlaku ketika Rabi’ah sedang duduk di tepi Sungai Furat mengagungkan kekuasaan Allah. Tiba-tiba Hasan Al-Basri mendatanginya lalu melemparkan sejadah ke atas air dan berdiri sambil berkata :

Hasan : Rabi’ah, mari kita solat sunat dua rakaat di atas air ini.

Rabi’ah : Adakah engkau cuba memperlihatkan masalah dunia kepada ahli akhirat? Aku akan tunjukkan kepadamu masalah yang tidak dapat dilakukan orang awam.

Sejurus kemudian Rabi’ah menghamparkan sejadahnya di udara, lalu ia naik ke atasnya seraya berteriak :

Rabi’ah : Wahai Hasan, mari ke sini. Disinilah tempat yang lebih aman dan jauh dari pandangan orang. Apa yang anda lakukan, sebenarnya ikan pun dapat melakukannya. Dan apa yang kulakukan, lalat pun mampu melakukannya. Namun, matlamat kita adalah jauh lebih hebat daripada itu.


LIMA


Lima perkara yang kita semua mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya :


1: Wajah yang cantik
                           
 
  
2: Duit yang banyak
                             
 
  
3: Kesihatan yang baik
                   
 
  
4: Anak-anak yg cerdik dan berjaya macam kita
                  

  
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
  

  
Senang sahaja untuk mendapatkannya. Hanya 15 minit setiap hari.
              

 
Kata Nabi saw :
  
Sesiapa yang meninggalkan solat subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya.


Dan sesiapa yang meninggalkan solat zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat.


Dan sesiapa yang meninggalkan solat asar, tiadalah padanya kekuatan badan.



Dan sesiapa yang meninggalkan solat maghrib, tiadalah padanya anak-anak yg bermanfaat.


Dan sesiapa yang meninggalkan solat isyak, tiadalah padanya tidur yang
nyenyak.
















ISRAK MIKRAJ: KISAH BUMI DAN LANGIT


       
       Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain." 

        Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

         Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.

        Langit mendiamkan diri dan dia menghadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

           Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibril a.s. pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibril a.s. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibril. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." 

         Kemudian Jibril a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibril a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibril a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

          Berkata buraq, "Ya Jibril, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibril a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibril a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

      Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

NABI MUHAMMAD S.A.W. DENGAN PENGEMIS BUTA



“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang. Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung. 


Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa. 


Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.


Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya. “Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah. “Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.


“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?” “Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.  


“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.


“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan. “Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.


“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.


“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih. “Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.


“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati. “Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.


“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara. “Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu. “Ya benar. Kamu tidak percaya?”


“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak. 


“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. “Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu. 


Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..


LELAKI IDAMANKU


 


Salah satu ciri-ciri lelaki idamanku ialah lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.
Enough said.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungan-Nya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu; imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan air matanya.” 

(HR. Bukhari Muslim)




I DREAM I'M AN EAGLE

  •  
  • Assalamualaikum n salam sejahtera.
  • Let's make it simple ok. Sy akan tulis seringkas yg boleh, macam budak tadika.
  • Sy ni peminat setia aerobatik.
  • Antara pasukan aerobatik yg sy suke ialah Red Arrows, Thunderbirds, Snowbirds, Blue Angels n byk lg.
  • Lihatlah gambar2 di bawah ni. Sy kagum betul dgn persembahan mereka.
  •  


 








  •  
  • Awesome kan?
  • Jap2, sebenarnya, sy nk bgtau yg sy dah jumpe satu pasukan aerobatik yg terhebat!!
  • Nak tau siapa?
  • Pasukan aerobatik terhandal jatuh kpd: Pasukan burung ciptaan Allah Maha Hebat!
  • Subhanallah!! I tell u the truth.
  • Birds have the most perfect aerodynamics features! Created by the only God; Allah!
  • Please, look at the sky, look how they fly.
  •  

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman." 
(Surah An-Nahl : 79)


"Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu."
(Surah Al-Mulk: 19)



  •  
  • I have a confession to make.
  • Sebenarnye, sy teringin sgt nk terbang, macam burung. I dream I'm an eagle! What a feeling to fly!
  • Nak jadi pilot, tp cm dah terlambat je. It's ok lah.
  • Lastly, tengoklah video ni ye.
  •  




FEBRUARY



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sy ingin mengucapkan terima kasih kpd semua yg wish slmt hr lahir kpd sy. May Allah bless all of you. Kepada kwn2 kat Tucson, thanks hari tu buat suprise utk Yasmin n sy. Wani, kek sgt2 sedap!  :-)

Hadiah pertama yg sy dpt ialah kad hari lahir drpd ibu n ayah tercinta! Terima kasih ibu n ayah! I love you! 


Hadiah kedua ialah kad drpd Izzati, my lovely housemate! Thank you Izzati! I love you!  

Hadiah ketiga dprd Yasmin, another my lovely housemate! Dia bg jam tangan warna hijau! Suke sgt! Terima kasih Cik Yasmin! 




MUTIARA KATA



"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."


"Menyimpang seinci, rugi seribu batu."


"Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya."


"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."


"Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya."


"Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya."


"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki."

 

ORANG-ORANG YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT



1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3) Orang yang berada di saf barisan depan dalam solat berjemaah.

4) Orang yang menyambung saf dalam solat berjemaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

5) Orang yang mengucapkan 'Amin' ketika Imam selesai membaca Al-Fatihah.

6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7) Orang yang melakukan solat subuh dan 'asar secara berjemaah.

8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9) Orang yang berinfak.

10) Orang yang sedang makan sahur.

11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

 

KISAH NABI DAUD DAN CACING



Dikisahkan daripada Kitab Raudhorrayahin, bahawasanya suatu hari ketika Nabi Daud as sedang membaca kitab Zabur (Nabi Daud as selalu mencari tempat yang bagus dan nyaman untuk membacanya).

Kemudian ketika tengah membacanya Nabi Daud tertegun dan melihat seekor cacing, lantas Nabi Daud pun berkata dalam hati, “Apa sebenarnya tujuan Allah menciptakan cacing ini??”

Tak lama kemudian Allah SWT mengilhamkan kepada cacing tersebut untuk berkata pada Nabi Daud as, “ Hai Daud, ketahuilah bahawasanya setiap pagi aku bertasbih kepada Allah 1000 kali, (Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illa Allah Wallahu Akbar) dan ketika malam aku membaca Selawat 1000 kali. Kemudian cacing tersebut berkata lagi, “Apa yang aku bisa ambil faedah daripada kamu Wahai Daud??”

Mendengar jawapan itu, Nabi Daud as sujud kepada Allah SWT dengan mengucapkan istighfar kerana takutnya kepada Sang Khaliq.