Popular Posts

KISAH NABI DAUD DAN CACING



Dikisahkan daripada Kitab Raudhorrayahin, bahawasanya suatu hari ketika Nabi Daud as sedang membaca kitab Zabur (Nabi Daud as selalu mencari tempat yang bagus dan nyaman untuk membacanya).

Kemudian ketika tengah membacanya Nabi Daud tertegun dan melihat seekor cacing, lantas Nabi Daud pun berkata dalam hati, “Apa sebenarnya tujuan Allah menciptakan cacing ini??”

Tak lama kemudian Allah SWT mengilhamkan kepada cacing tersebut untuk berkata pada Nabi Daud as, “ Hai Daud, ketahuilah bahawasanya setiap pagi aku bertasbih kepada Allah 1000 kali, (Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illa Allah Wallahu Akbar) dan ketika malam aku membaca Selawat 1000 kali. Kemudian cacing tersebut berkata lagi, “Apa yang aku bisa ambil faedah daripada kamu Wahai Daud??”

Mendengar jawapan itu, Nabi Daud as sujud kepada Allah SWT dengan mengucapkan istighfar kerana takutnya kepada Sang Khaliq.
 

2 comments:

  1. Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. (surah al-Hadid; 57:1)

    Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (surah al-Hasyr; 59:1)

    Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (surah as-Shaf; 61:1)

    Senantiasa bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (surah al-Jumu'ah; 62:1)

    Senantiasa bertasbih kepada Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi; hanya Allah-lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (surah at-Taghabun; 64:1)

    ReplyDelete
  2. -perkongsian yg amat bagus ^_________^

    ReplyDelete