Popular Posts
-
Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, " Wanita itu dikahwini kerana empat perkara iaitu : hartanya; keturunannya;...
-
A few months left before I leave Tucson for good. Surely I will miss this place with all memories that it granted and experiences that it t...
-
This is the advice of Asma' to her daughter upon the latter's marriage, as related by al-Ghazali: "You have left a nest i...
-
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, ...
IRSHAD MANJI VS MISS MALAYSIA PAHANG 2010
Marcapada ini, isu hangat tentang buku
karangan Irshad Manji sering meniti di bibir-bibir rakyat, mahupun di dada-dada
akhbar. Buku ini dikatakan mempromosikan LGBT (lesbian,
gay, bisexual, and transgender). Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengelolakan gerakan pembasmian
penjualan sebarang naskah karangan Irshad Manji ini berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama
Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil
dan norma masyarakat.
Tidak dinafikan, langkah berjaga-jaga yang
diambil oleh pihak berkuasa ini merupakan satu elemen murni. Namun, apakah ini
satu bentuk paradoks yang melucukan? Adakah kita sudah buta sebuta-butanya untuk
melihat sebobrok mana orientasi seksualiti segelintir rakyat Malaysia pada hari
ini? Berapa ramai anak muda lesbian dan gay beragama Islam, dengan beraninya berasmaradana
di tempat awam? Apakah respons dan tindakan kita?
Kebejatan moral ini terbukti semakin
menjadi-jadi apabila Miss Malaysia Pahang 2010 berjaya dianjurkan secara
gilang-gemilang. Nah, satu ‘anjakan paradigma’ telah pun berlaku di negara Islam
tercinta kita. Apakah kita mampu tersenyum bangga dengan anjakan ini? Apakah usaha yang kita lakukan untuk melumpuhkan gejala tidak sihat ini? Ya, beberapa usaha sudah pun dilakukan oleh pihak berwajib seperti denda wang ringgit. Semoga Allah
menjauhkan kita daripada sebarang bala bencana hasil perbuatan mungkar manusia
sejagat.
Allah berfirman: “Dan Lut ketika berkata kepada kaumnya: mengapa
kalian mengerjakan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun
sebelum kalian? Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan
syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab
kaumnya tidak lain hanya mengatakan: Usirlah mereka dari kotamu ini,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.
Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia
termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada
mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang
berdosa itu.” (Al-A’raf:80-84)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment