Popular Posts

حي على الصلاة

        Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Sungguh menyedihkan apabila ada segelintir atau sesetengah atau kebanyakan umat Islam yg memandang enteng terhadap kewajipan solat. Lagi menyedihkan apabila orang2 tersebut berpelajaran tinggi. Sayang sekali ya. 

        Kawan2, sy mengingatkan diri sy yg selalu lalai dan kepada seluruh umat manusia di alam raya ini. Pesan sy, solatlah di mana2 saja, dalam apa keadaan sekali pun. Baik dalam kenderaan mahupun di tepi sungai. Baik dalam perigi mahupun di atas puncak gunung. Baik masa demam mahupun terlantar. 

        Kerana apa? Kerana solat adalah tiang agama. Tanpa tiang, robohlah agama kita. Nauzubillah. 



A GOODBYE DAY ;-(

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Hari ini, 24 Disember 2010 merupakan a goodbye day for me. Sedih sgt rasenye nk berpisah dgn rakan2 tetamu dr Iowa State yg sudi bertandang ke rumah kami. Terima kasih kawan2! Lain kali datang la Tucson lagi ye. Setelah 2 malam dorg tido di rumah kami, pagi td dorg bertolak ke San Diego. Lepas sesi perpisahan dgn budak Iowa, sy n izzati menghantar fadhilah ke Tucson International Airport. Sedih lagi sekali bila berpeluk dgn fadhilah di gate B9. Hati2 ye fadhilah kat London. We miss u already. Cepat balik tau. Hari ni jugak senior kami iaitu Percival terbang pergi bercuti ke New York. Semoga Percival have fun kat NYC! Kwn2 sy yg lain semua pegi muktamar hari ni. Sy teringin sgt nk pegi. Tapi...........hmmmm.... InshaAllah, kalau diizinkan Allah, sy nk pegi tahun depan. Kepada kwn2 yg pegi muktamar, gunakan peluang sebaik mungkin. Beruntungnya korg dpt join(alhamdulillah). Jgn lupa kongsi pengalaman n ilmu dgn org di sini ye.  ;-)

Kebaikan-Mu Menyentuh Hatiku

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini sy terbaca 1 ayat Allah yg sgt2 menyentuh hati. Ayatnya ialah:

"Akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina(69) Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang(70)" {Surah Al-Furqan}

Sy terasa malu dgn Allah apabila membaca ayat ni. Sejahat-jahat mana pun kita, Allah masih bersedia menerima kita jika kita bertaubat. Bukan itu shj, Allah ganti pula kejahatan yg pernah kita lakukan dgn kebaikan(pahala). Ya Allah ternyata Engkau Maha Baik. Ya Allah, ampunkanlah kami. Sesungguhnya kami sangat hina-dina dan penuh dgn dosa.