Mengapa manusia sibuk mengumpulkan harta seakan-akan hidupnya kekal abadi? Padahal kita tidak tahu apakah kita masih boleh bernafas pada keesokan hari. Apakah amalan kita sudah mencukupi untuk berjumpa Allah? Bukankah lagi banyak harta yang kita kumpul, lagi banyaklah pertanggungjawaban terhadap harta-harta itu. Nanti kita akan disoal sama ada kita menggunakannya ke jalan Allah, ataupun sebaliknya. Saya ingin bertanya kepada anda, apakah bezanya seorang miskin yang tidak mempunyai apa-apa, dengan seorang kaya yang mempunyai harta berbillion dollar? Jawab saya, mereka tiada bezanya! Hal ini kerana, jika Allah mengkehendaki orang miskin itu menjadi kaya dalam sekelip mata, maka hal itu mudah bagi Allah. Begitu juga sebaliknya, jika Allah mengkehendaki orang kaya itu menjadi miskin dalam sekelip mata, maka "kun fayakun". Akhir kalam, marilah kita hayati dengan penuh pemahaman akan surah al-Humazah di bawah ini. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang daripada diri saya sendiri.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),
Yang naik menjulang ke hati;
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.